Apa sahaja perasaan kami ketika membaca, merasa dan menonton ... tanpa bertunjangkan mana-mana teori kritikan. Emosi kami sahaja - reviu : Novel, Non Fiksyen, Filem, Kumpulan Cerpen & Puisi, Jurnal, Majalah, Novel Grafik, DVD, Anime, Drama, Komik,Komik Grafik, Novel Grafik, Akademia, Teater, Video Game, Playstation, Poster ...

Wednesday, July 2, 2008

Komikoo

(Komik ini aku terseradung jumpa di gerai mamak dalam pasaraya Bintang (Cheras) sewaktu hendak membeli barang). Sekali imbas membacanya, aku teringat di awal 90-an, ketika itu aku masih di matrikulasi. Dan ketika itu aku mula mengenali pelukis, Moebius. Terima kasih kepada Pak Ngah aku yang sering membeli novel-novel grafik Inggeris yang tak mampu dibeli oleh aku ketika itu. Penceritaan dan stail lukisannya sekitar mitos, fantasi dan futuristik memang mengujakan, tambahan pula ketika itu tiada pun di pasaran novel grafik Melayu. Yang ada hanyalah majalah Gila-Gila, Gelihati, Batu Api dan lain-lain lagi.

Dekad itu memperkenalkan aku dengan kisah yang sangat berkesan hingga kini, iaitu The Incal. Kisah futuristik yang pada aku sangat menarik. Dan kali ini Komiko pula menampilkan ciri-ciri yang hampir serupa. Namun apa yang membezakan adalah bauran cerita dan pengkisahannya adalah dari jalur ketimuran. Seperti dalam Darah Satria, karya Aedes, bagi aku sangat menarik sekali apabila pelukis menggabungkan mitos orang bunian dan kisah pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sesuatu yang tak terfikir oleh kita. Ia mengisahkan teknologi yang diajarkan oleh orang Bunian kepada masyarakat Melayu ketika itu yang dilanda penjajahan Jepun yang kejam.
Di celah itu pula, artikel bertajuk Prosa Untuk Plebeian mengutarakan kisah sifat manusia yang berubah sepantas kilat apabila membawa kereta dengan bermulanya kunci dipulas untuk memanaskan enjin. Diikuti dengan ruangan ‘wawansabda’ yang menyorot pendapat peribadi Bernice Chauly; seorang penyair bukan Melayu di tanah air tentang pendapat, pengalaman beliau tentang dunia penulisan di Malaysia. Paling menarik apabila dikatakan, “Penyair di Singapura diberikan geran oleh kerajaannya untuk berkarya tapi di sini, siapa nak bagi kerana mereka tak faham, mereka tak faham.”

Tajuk : Komikoo
Penerbit : Noradz Production Sdn. Bhd
Harga : RM 4.20 (Semenanjung)
Halaman : 81 m/s
Keluaran : Edisi Jun 2008
Kulit Luar : Kurang mengancamlah!


Kisah lain, lukisan dan kisah Siapa, oleh Adijin bagi aku kurang bertenaga, stroke yang dipaparkan meskipun tersendiri namun penceritaannya agak longgar. Kemungkinan pelukis ini mampu untuk mempersembahkan sesuatu yang lebih bertenaga sesuai dengan motto Komiko, ‘Bukan Komik Main-Main.’ Mat Skipa oleh Kromsom, dia mampu menghasilkan lukisan dan kisah yang jauh lebih menarik dari ini. Biarpun lukisan ‘bisu’nya mempunyai maksud yang tersirat, namun khalayak mengenali beliau dengan lukisan yang jauh lebih menarik dari ini. Zafran pula mempersembahkan Hikayat Dua Pemuda dan Gergasi Rimba. Lukisannya bagi aku, menarik dan penceritaannya tentang mitos manusia gergasi juga menarik, bersambung (aiseh…).

Dan seorang pelukis yang tak perlu diperkenalkan lagi ialah Baba Chuah. Sketsa mengenai seorang budak pejabat (aku rasalah) amat mengujakan, meskipun ia hanya sebuah kisah klise dalam kehidupan di pejabat (lambat sampai kerja) namun persembahannya amat memberangsangkan. Dan paling menggelikan hati aku adalah sketsa Kultus Kucing Hitam, dengan tagline ‘berdasarkan kisah benar’ membuatkan aku teruja untuk mengikuti kisahnya, tapi akhirnya beberapa orang remaja yang terjun dari tangki air itu bertukar menjadi Voltron! Hahaha ….

Keseluruhannya, kita ucapkan tahniah kepada pasukan Komiko yang berhempas-pulas cuba menghidupkan kembali komik yang terkedu hampir dua bulan pengeluarannya. Aku terhibur untuk edisi kali ini. Semoga mereka dapat menghasilkan lagi lukisan dan kisah-kisah yang menarik dalam Komiko akan datang. Aku menanti Komikoo akan datang.

Laman Web Komikoo

4 comments:

fadz said...

alah, dah ulas, kita nak ulas sebenarnya, hehe

Fairul Nizam said...

Terima kasih saudara FSSF. Jangan lupa beli keluaran #4 ya.

fssf said...

Saya tak lupa, tapi lepas ni nak bagi fadz buat ulasan.

Anonymous said...

[url=http://industrialauto.webng.com/programmable-logic-controller.html]programmable logic controller[/url] a'most think you're like the wulturs, pardner, and scent 'em out.' had snatched off for the purpose,' returned her father, as if the [url=http://industrialauto.webng.com/programmed-logic-controller.html]programmed logic controller[/url] a wife distinguished by the same qualities.' [url=http://industrialauto.webng.com/index332.html]plc dividends[/url] Tapkins; also, a card, Mrs Tapkins at Home, Wednesdays, Music, Portland [url=http://industrialauto.webng.com/index522.html]programmable logic controller program[/url] was tokenz?' [url=http://industrialauto.webng.com/automation-equipment.html]automation equipment[/url]
have only one. Besides, I am not fitted up with a convenient cool cellar